Senin, 04 Januari 2010

Ikhlas Dalam Bekerja


Ikhlas matlamat agung
Jiwa muda yang penuh idealistik terutama di kalangan pemuda pemudi yang mempunyai kesadaran sering mencoba kretivitas baru untuk mengadakan program bagi manfaat pelajar lain.
Hal itu merupakan suatu yang positif. Namun sebesar mana program yang dibuat dan setinggi mana objektif program yang coba di capai tetap tidak dapat setinggi untuk mencapai ikhlas di sissi Allah SWt. Ikhlas adalah suatu syarat untuk mendapatkan redha Allah. Redha Allah adalah matlamat agung orang yang beriman.
Ketahuilah wahai jiwa, suatu perkara yang seolah-olah nampak islami, tetapi sebenarnya terputus hubungan nya dengan Allah, ditolak oleh Allah dan pelaku-pelakunya diseksa Allah SWT. Satu hadis Abu Hurairah r.a wajar kita renungkan.
Syahid yang mengharap gelaran
Perkara pertama yang akan di putuskan di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Maka di hadapkan dan di tanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah di akui banyaknya nikmat Allah,  maka ditanya “Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?” jawabnya: “Saya telah berjuang untukmu sehingga mati syahid.” Jawab Allah; “Dusta! Karena engkau bejuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telahpun terkenal demikian.” Kemudian dia pun di seret kedalam neraka.
Membaca al-Quran Untuk mendapat Gelar
Begitu juga seorang pelajar yang telah pandai al-quran serta mengajarkan al-Quran. Allah maha mengetahui tidak akan menerima semua amalannya dan mengatakan amalan nya itu bertujuan untuk terkenal sebagai Qari. Kemudian di seret mukanya kedalam neraka.
Hartawan yang mengharapkan gelar dermawan
Seotang hartawan yang suka berderma tatkala hidupnya juga di campak kedalam neraka. Ini karena amalannya terputus hubungannya dengan Allah dan bertujuan untuk di kenali sebagai dermawan.
Duhai jiwa
Tidak cukupkah hadis ini cukup untuk menggentarkanmu? Sedangkan seorang yang mati syahid, qari dan dermawan pun di campak ke neraka lantaran riya yang mengganggu ikhlas, apa lagi pula kita? Sudahlah sedikit pula amalan, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidup kita dekat dengan islam, namun bersihkah engkau wahai hati?
Sumpah iblis
Firman Allah yang bermaksud “iblis berkata;”ya tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku ini sesat, pasti aku akan menjadikan memandang baik ( perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambamu yang mukhlis antara mereka” Allah berfirman; Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban akulah yang menjaganya. Sesungguhnayhamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang sesat” (surah al-Hijr:39-42)
Dalam menafsirkan ayat ini, Sayid Qutb menulis “ Sesungguhnya hamba-hambaku yang ikhlas untukku, maka tidak ada kuasa bagimu (syaitan) untuk menguasai mereka, tidak mampu mempengaruhi mereka, tidak mereka memandang indah terhadap perbuatan maksiat karena mereka dalam satu penjagaan kukuh dari gangguanmu, karena jalan masukmu kedalam diri mereka terkunci. Mereka dalah orang-orang yang mengantungkan pandangan mereka kepada Allah  dan fitrah mereka berhubungan rapat dengan alllah swt. (Fi zhilalil quran, juz ix, hal. 2142)
Persiapan hati.
Persediakan hati perlukan proses tarbiyah tersusun bermula dengan tazkiyatun nafs ( membersihakn jiwa) dan mualajatul uyub ( mengikis keaiban diri) mujahadah yang di tuntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh di ambil mudah! Hanya dengan dorongan iman dari hati yang dip roses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah swt serta menjauhi larangannnya secara menyeluruh . inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian diri ini kanalahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah swt.
Contohi keikhlasan generasi awal. Hayatilah bagaimana dekatnya para rasul dan sahabat dengan Allah swt  dalam setiap detiakn nadi mereka. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara perlu di hubungkan kepada matlamat mencari keredhaan Allah agar ia sebati dalam jiwa dan lahir pula dalam tingkah laku. Mereka cintakan islam yang KAFFAH (menyeluruh). Kiata bagaimana? Bukan sekadar system pentadbiran yang perlu islami tetapi system diri kita juga perlu islami merangkumi hati, amalan seta pemikiran.  Berkata Hassan al-Hudaibi: “ tertegaknya Islam dalam diri, nescaya tertegaklah islam di muka bumi.” Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya?
Kuatkan hubungan dengan Allah
Kekuatan hubungan dengan Allah sajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa , pemikiran dan sakhsiah diri sejajar dengan syariat islam. Ini lah rahsia sebenar kekuatan yang akan mencorakan seseorang dengan corak Allah SWT (sibghatallah)walaupun di tempat sunyi ataupun dii khayalak ramai., gelap atau terang susah atau senang setiap ketika, di mana saja. Ini lah proses didikan yang di lakukan oleh Rasulullah kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi Quran yang unik.
Prinsip Utama.
Iman mereka di iktiraf oleh Allah swt. Dan apa yang wajar kita contohi ialah keimanan mereka. Cara mereka berhubung dengan Allah dan Rasulnya, keyakinan mereka cara berfikir dan tingkah laku mereka. Hakikat ini perlu di rasai untuk mengikuti jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak mereka dalam melaksanakan Ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah (iaitu orang yang menegakan islam dalam diri dan di muka bumi). Maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yang utama.
Hakikat ini harus dirasai agar setiap rasa, pemikiran dan tingkah laku kita selaras dengan Kehendak Allah Swt, jernih dengan fikrah islam yang di bawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi al-Quran yang unik.
Oh hati, kenapa ruhiyyah ini gersang? Adakah aku jauh dari Allah? Aduhai…hati sebeginikah yang akan membawa orang mengenali Allah? Bersihkanlah wahai hati! Ikhlaskanlah niat semata-mata untuk redha Allah SWT.

0 komentar:

Posting Komentar

Powered By Blogger
 

Sahabat LDK Ar-Risalah

Terkini Palestinaku

LDK Ar-Risalah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template