Tampilkan postingan dengan label Motivasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Motivasi. Tampilkan semua postingan

Senin, 08 Februari 2010

10 Muwasafat Muslim.


BIL
PERKARA
TINDAKAN
1
Ibadah yang betul
(SHAHIHUL  IBADAH)
·         Sentiasa memperbaiki amalan.
·         Mengetahui halal dan haram.
·         Bersederhana dalam urusan kehidupan sehari-hari.

2
Akhlaq yang mantap
(Matinul Khuluq)
·         Akhlak Rasulullah SAW.
·         Sensitif dan peka.
·         Tegas
·         Benar dalam kata-kata dan perbuatan
·         Berlumba-lumba dalam kebajikan.

3
Berpengetahuan luas.
(Muthaqqafal Fikri)
·         Tahu berita dunia Islam, dan umum.
·         Bersumberkan al-Quran dan Hadis dan ulama’-ulama’ yang thiqoh.
·         Banyak membaca dan menulis.
·         Memiliki perpustakaan sendiri.
·         Pakar dalam bidang yang di ceburi.
·         Membaca al-Quran dengan baik dan mentadabburinya.
·         Sentiasa belajar sejarah
·         Kuasai kemahiran terkini.

4
Mampu melawan nafsu.
(MUJAHADAH ALAN-NAFS)
·         Ingat janji dan amanah, serta berazam dengan kuat.
·         Pelihara diri dari maksiat dan kelalaian.

5
Tersusun dalam urusan.
(MUNAZZAMUN FI SYU’UNIHI)
·         Tidak menangguhkan kerja.
·         Tidak tergopoh-gopoh.
·         Buat kerja sebaik mungkin.
·         Bijak letak “priority” kerja.
·         Menjaga penampilan.
·         Berdisiplin.

6
Kuat Tubuh Badan.
(Qawiyyah al-Jism)
·         Pemeriksaan kesihatan.
·         Diet seimbang, makan sekadarnya.
·         Bersukan.
·         Tidur optimum
·         Menjaga kebersihan

7
Mampu berusaha.
(Qadiran ‘ala Kasbi)
·         Bersikap ihsan dalam bekerja.
·         Ada simpanan.
·         Menjauhi riba dalam setiap lapangan.
·         Menjauhi kemewahan apatah lagi pembaziran.
·         Tidak mengharap kepada orang lain.

8
Berguna untuk orang lain.
(Nafi’un li ghairihi)
·         Mahukan kebaikan kepada orang lain.
·         Penuhi hak orang lain. (ibu bapa, sahabat dan jiran)
·         Membantu orang yang memerlukan.
·         Multi skill
·         Sedia terima dan memberi kritikan.
·         Bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

9
Menjaga waktu
(Haarithun ‘ala waqtihi)

·         Jaga waktu solat
·         Berdoa agar diberkati waktu.
·         Tak lewat ke kelas dan aktviti
·         Isi waktu dengan mengingati Allah.

10
Aqidah yang sejahtera.
(Salimul aqidah)
·         Sentiasalah muraqobah kepada Allah.
·         Mengingati akhirat.
·         Memperbanyakkan nawafil dan zikir.
·         Menjaga kebersihan hati.
·         Menjauhi dosa dan syubhat
Continue Reading...

Senin, 04 Januari 2010

Menghadapi Stress menurut Islam

Seorang muslim yang cemerlang ialah muslim yang Berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan, tidak kira apa jua masalahnya seperti masalah keluarga, kerja, kesihatan , masyarakat dan Negara.
Sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan tersebut, sebanyak itulah ganjaran pahala yang bakal diperolehinya. Semakin besar tekanan yang di hadapinya, semkain besar nilai pahala disisi Allah swt. Iman juga akan bertambah dan berkurang dengan tekanan-tekanan yang dating dan pergi.
Sekiranya tekanan itu tidak di hadapi dengan baik, maka ianya akan memberikan kesan yang buruk ke atas seseorang sama ada dari segi emosi, rohani seta jasmaninya.

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati,. Hati yang lemah menyebabkan hubungannya dengan Allah semakin rapuh. Seterusnya kehidupannya akan menjadi sempit kerana tidak dapat menemukan jalan keluar terhadap setiap masalah yang di hadapi. Hati akan merasa bahagia apabila merasa dekat dengan Allah. Sebaliknya, hati juga akan sengsara apabila ia ingkar terhadap hokum Allah dan lalai daripada mengingatinya.
Hati merupakan raja bagi struktur badan manusia. Perkara ini di sebut dalam hadis sahih riwayat Bukhari dalam bab Al-Iman bahwa hala tuju manusia sebenarnya adalah di pandu oleh hati. Oleh itu, amatlah penting untuk kita sentiasa memohon kepada Allah swt ketetapan hati kita agar kita sentiasa berada dalam rahmatnya, baik ketika hidup mahupun mati.

BAGAIMANA MENGHADAPI STRES MENURUT ISLAM.

1. MEMBACA AL-QURAN DAN MENTADABBUR MAKNANYA.
Al-Quran merupakan rahmat bagi sekalian alam. Ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi bagi penyakit sama adahati mahupun fizikal. Dengan mentadabbur al-Quran yakni memahami, mendalami dan menghayati isi kandungannya, maka seseorang itu berupaya menenangkan dan menenteramkan hati, fikiran dan jasmani.

2. MEMPERBANYAKKAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR
Bertakafur mengenang dosa, merenung segaa nikmat yang Allah berikan kepada kita.

3. TAQARRUB
Mendekatkan diri krpada Allah, mematuhi segala perintahnya dan menjauhui segala larangannya. Cara mendekatkan diri kepada Allah ialah;
Qiamullail: bangun pada tengah malam dengan meninggalkan segala kenikmatan tidur untuk menyembah Allah. Seseorang yang bangun tengah malam semata-mata untuk mengingati Allah, dengan susah payahnyaberwudhuk dan bersolat, maka hatinya akan menjadi tenang dan jasmaninya akan menjadi kuat.
Banyakan berzikir: Mengingati Allah sama ada dengan perkataan, perbuatan dan niat yang dilakukan semata-mata kerana Allah swt. Allah berfirman:” Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati-hati kan menjadi tenang.”

4. BANYAKKAN BERSEDEKAH
Salah satu perkara yang menyebabkan jiwa sentiasa tertekan dan tidak tenang ialah harta. Orang yang kikir sentiasa disempitkan oleh Allah swt. Hati dan akhlaknya kerana bakhil dengan kurniaan Allah swt.
Dalam keadaan ini, pemberian sedekah hendaklah semata-mata kerana Allah, malah ketika seseorang itu berasa bakhil dan sangat sayang akan hartanya, maka bersedekahlah bagi mendapatkan keberkatan yang lebih.

5. BIJAK MENGURUS
Seseorang itu harus bijak menguruskan masa, kerja, keutamaan dan asset yang ada. Bahkan Allah telah mengingatkan kita tentang beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita. Kita diajar supaya berdoa ketika melakukan kerja-kerjayang berlebihan yang tidak mampu di tanggung.

6. BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH SWT
Kita hendaklah berbicara dan berkata positif serta penuh pengharapan kepada Allah swt. Hal ini karena setiap lafaz yang di ucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

7. TAWAKAL
Berserah diri kepada Allah, iaitu setelah melakukan sesuatu perkara itu diserahkan keputusannya kepada Allah sama ada Berjaya atau tidak.Namunsetelah berusaha sedaya upaya., pasti Allah menilai dengan sebaiknya. Itulah janjinya. Seseorang itu harus menyedari bahwa Allah lah yang mengurniakan rezeki, kekuatan dan keinginan serta tubuh badan yang sehat. Maka sebagai hambanya, kita harus berusaha meneruskan hidup di dunia ini.
Continue Reading...
Powered By Blogger
 

Sahabat LDK Ar-Risalah

Terkini Palestinaku

LDK Ar-Risalah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template